mark w tiedemann hotel architect

Mark W Tiedemann, AIA

CEO

Pada usia dua belas tahun, beliau mula bekerja dalam perniagaan pembinaan untuk bapanya, seorang pendatang Jerman. Di sana beliau mempelajari set kemahiran ayahnya – komunikasi, kerja keras dan kepentingan berfikir melangkaui orang lain untuk membangun dengan lebih baik dan pantas.

Pada usia 15 tahun, Mark merupakan seorang penunggang basikal kompetitif yang berada di kedudukan tiga teratas di seluruh Amerika Syarikat serta Kanada dan secara rutin tinggal di Pusat Latihan Olimpik di Colorado Springs. Semasa musim sejuk, beliau bertanding sebagai pemain ski laju dalaman dan juga juara luncur dalaman lelaki di Colorado pada tahun 1983. Berikutnya, bagi meningkatkan kesedaran dan pembiayaan untuk kanak-kanak yang menghidap barah, beliau menjadi pelari maraton, melengkapkan Marathon Walt Disney World, Los Angeles , Paris, Washington DC, San Francisco, dan San Diego.

Mark didiagnosis menghidap Leukemia pada 1990 di usia 24 tahun dan menjalani pemindahan sumsum tulang yang berjaya pada tahun yang sama. Syukurlah, adiknya Thomas merupakan pasangan penderma yang tepat.

Setelah peristiwa yang mengubah hidup ini, beliau bertekad menjalani hidup dengan berkembang dalam profesion seni bina berserta misi untuk mencipta sesuatu yang luar biasa. Pada awalnya, beliau menyempurnakan kemahiran reka bentuknya dengan merekabentuk ratusan rumah – di New York, Colorado, Carolina Utara dan bahkan di Ford Plantation. Setelah Mark mendapat lesen pada 1994, beliau beralih dari firma seni bina amalan umum ke minat sebenarnya – rekabentuk hotel dan pusat peranginan.

Semenjak 1994, matlamat Mark adalah untuk terus menambahbaik dan menyempurnakan pendekatan syarikatnya terhadap industri hotel. Hari ini, beliau percaya yang beliau telah mencipta satu bentuk seni kecekapan yang amat khusus, nilai kejuruteraan dan hubungan pelanggan yang hebat; kuncinya merupakan penyelidikan dan sentiasa memandang ke hadapan.

Mark W Tiedemann (far right), on Hunter Conference 2019 Panel - Hotel Development
Mark W Tiedemann selaku penceramah di Hunter Conference 2019 pada panel 'Pembangunan Hotel - From They Who InvolvedDari Mereka Yang Terlibat' di Marriott Marquis, Atlanta, GA.

Beliau meluangkan masa penyelidikannya di tempat-tempat seperti Turku, Finland menemui Arkitek Tentera Laut Di Raja Caribbean Antarabangsa untuk mengetahui kecemerlangan kejuruteraan dan menggunakannya bagi projek hotel dan pusat peranginan di darat. Kerjasama dengan Gehry Technologies, sebuah perisian BIM telah memacu peningkatan kecekapan dalam rekabentuk dan perancangan. Walaupun semasa bekerja di Dubai dengan kontraktor Negara China, beliau membangunkan dan memasang semula sistem dinding berbingkai besi pasang siap bagi digunakan di pelbagai projek perhotelan dan pusat peranginan.
Beliau telah mengusahakan pembangunan berjuta-juta hingga berbilion dolar seperti projek Destiny di Syracuse, NY bersama Bob Congel dan Bruce Kenan. Kesemua pengalamannya dengan pemimpin yang hebat di dalam industri ini memberikan Mark ganjaran yang luar biasa – pengetahuan yang beliau perolehi bagi perkembangan masa depan.
Beliau secara aktif dan terbuka telah berbicara di pameran perdagangan pelaburan hotel dan hospitaliti, seperti AAHOA (Persatuan Pemilik Hotel Asia Amerika), Persidangan Hunter, Persidangan Penginapan, dll.
Dua puluh tahun berlalu dan dengan lebih dari 450 projek hotel dan pusat peranginan yang telah di sempurnakan di seluruh dunia, beliau telah mereka dan menyesuaikan kemahirannya bagi memberikan penyelesaian kepada pemaju dan pemilik bagi memaksimumkan pembangunannya. Dari perancangan tanah hinggalah ke penyelesaian kejuruteraan struktur yang kompleks, beliau mencurahkan kemahirannya kepada pelanggan – menjimatkan wang dan memberikan maklumat penting pada peringkat perancangan awal bagi membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat untuk projek mereka. MWT Architects berpusat di New York dengan pejabat satelit di Charlotte, Dallas, Las Vegas dan Jakarta.

Jom Berhubung

Kami ingin bekerjasama dengan anda. Kami teruja untuk membantu menjadikan aspirasi pelanggan kami satu kenyataan. Lagipun, visi anda menginspirasikan reka bentuk kami.

error: